Smart ICT & Keusahawanan Minggu Ke Sembilan

19 Jun 2019 | Ak4tiviti Terkini

Kelas Smart ICT & Keusahawanan Minggu Ke Sembilan ini diadakan pada hari Selasa, iaitu 18 June 2019. Kelas ini berlangsung di Bilik Gerakan Kpg. Selampit. Kelas ini di hadiri 4 orang peserta terdiri daripada ahli komuniti Amanah Iktiar Malaysia (AIM) Kpg. Selampit. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari 2.00 petang sehingga 4.00 petang.

Peserta belajar membuat surat rasmi menggunakan Ms. Word. Kelas ini adalah kelas ulangan dalam membuat surat rasmi atas sebab peserta masih belum mahir dalam menggunakan format rasmi yang ditentukan. Selain itu, peserta juga membuat perbincangan dan perkongsian mengenai perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali